Sunday, 19 May 2013

please..ladies!!take note yaaa


Pengenalan
Jangkitan kulat vagina adalah jangkitan di vagina yang melibatkan pembiakan sejenis kulat yang berlebihan yang dikenali sebagai “Candida Albicans”. Jangkitan ini lazimnya berlaku dikalangan wanita yang masih subur dan jarang berlaku sebelum bermulanya haid atau selepas menopos. Jenis kulat ini biasanya di jumpai di mulut, usus, faraj dan akan menjadi masalah sekiranya pembiakanya berlebihan. 15% dari wanita yang sihat mempunyai kulat ini dan tiada tanda-tanda1. Wanita yang tiada tanda-tanda tidak perlu dirawat. Walau bagaimanapun, wanita yang mempunyai penyakit HIV2 dan wanita yang mengandung, insiden penyakit jangkitan kulat vagina mungkin lebih tinggi1. 15% dari pesakit yang mempunyai ketahanan badan yang rendah boleh dapat jangkitan kulat sistemik yang lebih teruk.
Apakah faktor risiko jangkitan kulat vagina?
Faktor risiko yang boleh meningkatkan seseorang wanita itu mendapat jangkitan kulat vagina adalah:
  • Rawatan antibiotik
  • Mengandung
  • Diabetes Mellitus yang tidak terkawal
  • Kegemukan
  • Penghidap penyakit HIV
  • Menggunakan dos steroid yang tinggi
  • Tekanan perasaan
  • Mereka yang menggunakan rawatan kanser ( Kemoterapi)
  • Kekurangan zat makanan
Rawatan antibiotik boleh mengubah bakteria protektif (Laktobacilli) dalam vagina dan menggalakan pembiakan Candida yang berlebihan. Pengeluaran hormone yang tinggi (estrogen dan progesterone) semasa mengandung merendahkan tindakbalas imuniti dan seterusnya boleh meningkatkan peluang untuk mendapat jangkitan kulat vagina. Mereka yang didalam kumpulan umur sebelum haid yang pertama dan selepas menopos mempunyai paras hormone yang rendah dan vaginal candidiasis jarang berlaku.
Adakah vaginal candidiasis penyakit kelamin?
Jangkitan kulat vagina bukan penyakit kelamin. Walau bagaimanapun pasangan kepada wanita yang menghidapi jangkitan kulat vagina mungkin ada sedikit tanda-tanda seperti gatal dan ruam di bahagian kemaluan selepas mengadakan hubungan seksual. Pasangan ini tidak perlu rawatan melainkan ada tanda-tanda atau gejala.
Apakah tanda-tanda dan gejala jangkitan kulat vagina?
Tanda-tanda jangkitan kulat vagina adalah gatal, rasa hangat, sakit semasa hubungan seksual, tidak selesa, sakit semasa kencing dan irritasi (perengsaan). Semasa pemeriksaan, doktor mungkin mendapati bengkak dan merah di bahagian kemaluan dan lelehan putih kekuningan di vagina. Jangkitan lain seperti “bacterial vaginosis” atau “ gonorrhea” boleh menyerupai tanda-tanda vaginal candidiasis.
Doktor anda mungkin perlu menghantar spesimen(swab) yang diambil dari bahagian atas vagina untuk pemeriksaan mikroskopi supaya dapat mengenalpasti jenis organisme penyebab jangkitan.
Apakah rawatan yang ada?
Rawatan yang lazim adalah:
  1. Clotrimazole vaginal pesari 500 mg stat atau 200 mg setiap hari untuk 3 hari.
  2. Econazole vaginal pesari 150mg satu dos sebelum tidur atau 150mg untuk 3 malam
  3. Fenticonazole vaginal pesari 600mg satu dos atau 200 mg untuk 3 hari
  4. Miconazole vaginal pesari 1.2 g satu dos atau 200 mg untuk 3 hari
  5. Teconazole vaginal pesari 80 mg sekali sehari untuk 3 hari
  6. Nystatin vaginal pesari 100,000 unit untuk 14 hari
Ubat pil seperti Fluconazole juga boleh digunakan terutamanya bagi wanita yang tidak gemar menggunakan pesari vagina. Ianya sangat efektif dan pilihan yang baik untuk jangkitan kulat sistemik dan mereka yang mempunyai daya tahan badan yang rendah seperti penghidap HIV, pesakit kanser yang menggunakan kemoterapi dan mereka yang dapat jangkitan kulat yang berulang.
Ubat pil anti-kulat tidak boleh digunakan semasa mengandung dan menyusukan bayi kerana kurang kajian dari segi keselamatanya untuk janin atau bayi anda. Rawatan setempat seperti pesari vagina, pil vagina, atau krim telah terbukti mempunyai kurang kesan sampingan. Oleh itu lebih selamat untuk digunakan semasa mengandung dan menyusukan bayi.
Bagaimana hendak mengelak dari jangkitan kulat vagina?
  • Pastikan kawasan di bahagian kemaluan kering dan bersih
  • Kalau anda menghidap Diabetes Mellitus, pastikan paras glukos anda terkawal
  • Jika and menghidap HIV, CD4 yang tinggi dan Viral load yang rendah boleh membantu. Sekiranya anda mempunyai CD4 yang rendah dan viral load yang tinggi, rawatan anti-retroviral akan meningkatkan CD4 dan menurunkan viral load anda dan seterusnya dapat mencegah dari jangkitan kulat vagina.
Apa perlu saya buat sekiranya saya dapat jangkitan kulat vagina yang berulang?
Jangkitan kulat yang berulang berlaku apabila seorang wanita itu mengalami jangkitan berulang empat kali atau lebih. Jangkitan berulang berlaku pada 5-8% dikalangan wanita yang subur. Ada beberapa faktor risiko seperti :
  • Wanita yang kurang daya tahan
  • Wanita yang menghidap Diabetes Mellitus yang tidak terkawal
  • Wanita yang mengambil steroid jangka panjang
  • Wanita yang menggunakan kemoterapi
  • Jenis kulat yang ganas
  • Jenis kulat yang kebal kepada anti kulat
Sekiranya anda mengalami jangkitan kulat yang berulang, doktor anda akan beri ubat bergantung kepada keputusan kaji kuman dan sensitiviti. Rawatan yang diberi samada pil anti kulat atau pesari vagina yang diberi untuk jangkamasa panjang atau rawatan secara kitaran(cyclical)
Cara rawatan mungkin berbeza jika selalu mendapat jangkitan yang berulang. Misalnya, makan pil Fluconazole 150 mg setiap minggu selama 6 bulan1. Tiada bukti kukuh yang menunjukkan rawatan pencegahan kepada pasangan seksual atau suami yang tiada gejala jangkitan, boleh mencegah jangkitan kulat berulang di kalangan wanita.
Apa perlu saya buat sekiranya saya dapat jangkitan kulat vagina?
Anda boleh berjumpa doktor keluarga anda, doktor swasta atau doktor di klinik kerajaan yang terdekat untuk pemeriksaan dan rawatan.
Rujukan :

Saturday, 11 May 2013

khasiat teh hijau


Teh hijau?”

Ramai yang mencebik dan yang menolak untuk menikmatinya di kala minum petang disebabkan bau teh hijau yang agak kuat berbanding jenis-jenis teh yang lain.
Teh hijau berasal daripada sejenis daun yang dinamakan camellia sinensis. Ia berasal dari NegaraChina dan dibawa hingga ke Jepun dan meluas hingga ke seluruh dunia. Teh ini dapat tumbuh dengan baik di kawasan pergunungan beriklim sejuk. Tanaman ini berakar tunjang dengan banyak cabang setinggi 4 hingga 8 meter. Daun teh berbentuk bujur panjang dengan gerigi  halus pada pinggirnya. Daun teh berwarna hijau manakala bunga teh berwarna putih dengan serbuk sari berwarna kuning.
Apakah alasan yang menyebabkan teh hijau harus disertakan dalam diet seharian?
Teh hijau harus disertakan dalam diet pemakanan seharian. Ia memiliki nutrien yang terbaik untuk kesihatan, sama ada golongan muda atau tua, lelaki atau perempuan. Antara manfaat minum teh hijau ialah:
  • Lembutkan kulit- Jika kulit anda terluka, melecet atau digigit serangga, teh hijau boleh membantu. Rendamkan sehelai kapas bersih ke dalam teh hijau dan tekankan pada bahagian kulit berkenaan. Teh hijau secara semula jadi mempunyai bahan antiseptik yang menghilangkan rasa gatal dan lebam. Anda juga boleh mengawal bintik-bintik keradangan, kulit yang melecur, bekas tanda cacar dan mata yang bengkak disebabkan oleh tidur yang tidak cukup.

  • Lindungi kulit- Di makmal kajian, teh hijau disapukan terus ke atas kulit kerana ia membantu untuk menghilangkan kanser kulit yang bertindak akibat daripada pendedahan di bawah sinaran matahari. Sebab itu juga, anda melihat lebih banyak khasiat teh hijau digunakan dalam produk krim selar kulit dan pelembap kulit. Kandungan teh hijau juga membantu mengekalkan fungsi saluran darah yang mengembang dan mengecut pada kadar yang betul.

  • Pelindung memori- Teh hijau secara tidak langsung menolong mengekalkan kecergasan memori atau fungsi otak. Seorang dewasa yang meminum dua gelas teh hijau akan merasai peningkatan masalah kognitif daripada mereka yang tidak menggemarinya. Ini kerana dos antioksidan yang terkandung dalam minuman ini dapat melawan radikal bebas yang merosakkan saraf-saraf dalam otak.

  • Pencegah kanser- Menurut satu kajian yang diterbitkan dalam Journal of Cellular Biochemistry edisi Julai, kandungan polifenol yang terdapat dalam teh berperanan sebagai pencegah kanser. Daun teh hijau yang telah dikeringkan mempunyai 40% kandungan polifenol. Polifenol adalah sejenis antioksidan yang sangat kuat yang mana ia mampu meneutralkan radikal bebas yang menjadi penyebab kanser. Selain itu, sejak 20 tahun lalu telah dilakukan kajian terhadap teh hijau ni dan kesannya terhadap kanser melalui percubaan terhadap haiwan. Sejak itulah pengambilan teh hijau ni makin dipercayai dapat mengurangkan risiko terkena penyakit kanser.

  • Memanjangkan hayat- Banyak kajian telah membuktikan antioksidan yang terdapat dalam teh dapat melindungi tubuh daripada penyakit tertentu seperti masalah sakit jantung, strok dan kanser. Flanovoid iaitu sejenis antioksidan yang terdapat dalam 3 cawan teh adalah lapan kali lebih kuat dari yang diperoleh daripada sebiji epal. Satu kajian telah dilakukan di daerah Schizouka, Jepun pada tahun 1994. Hasilnya, kadar kematian masyarakat di situ 10 hingga 15 peratus lebih rendah dibandingkan dengan kadar kematian di daerah Jepun yang lainnya.

  • Menurunkan berat badan- Sudah tentu perkara ini menarik perhatian ramai kerana teh hijau mempercepatkan proses pembakaran kalori dengan menghalang penyerapan lemak arteri dan kolesterol. Satu penyelidikan yang di buat oleh International Journal of Obesity telah membuat kesimpulan berdasarkan kajian mereka bahawa ekstrak teh hijau mampu meningkatkan pembakaran kalori dan lemak dalam badan.

  • Mencegah penyakit gigi-Polyphenol dalam teh hijau mempunyai kandungan anti bakteria yang membantu mencegah penyakit gingivitis dan periodontal dengan cara membunuh bakteria berkumpul dalam mulut yang menyebabkan kerosakan gigi. Tindakan anti bakteria ini juga dikatakan berkesan dalam merawat halitosis atau masalah mulut berbau dengan cara membunuh bakteria penyebab bau busuk.
  • Mencegah keracunan makanan- Disebabkan teh hijau terkenal sebagai pembunuh bakteria, meminum teh hijau dapat menurunkan risiko keracunan makanan akibat bakteria kerana teh hijau dapat mencegah tumbuhnya bakteria yang berbahaya seperti clostridia dan E. coli. Apabila terkena cirit birit, anda disarankan untuk minum teh hijau yang pekat untuk merawat. Teh hijau ni merupakan agen pembasmi kuman yang paling kuat kerana ia mempunyai kesan anti toksik dalam toksin yang dihasilkan oleh bakteria.

  • Menurunkan tekanan darah- Penyebab utama hipertensi adalah sebuah enzim yang dikeluarkan ginjal. Ubat hipertensi yang terkenal adalah ACE inhibitor. Teh hijau merupakan inhibitor ACE di mana beberapa penelitian menunjukkan tekanan darah tinggi menurun setelah diberi ekstrak teh hijau.

Sekalipun memiliki banyak manfaat, perlu diingat bahawa teh juga mengandung kafein. Jika diambil secara berlebihan, ia dapat menyebabkan beberapa gangguan seperti insomnia, berdebar hati dan ketidakaturan detik jantung. Namun kandungan kafein dalam teh masih tetap lebih rendah jika dibandingkan dengan kopi atau minuman berkarbonat.